09 November 2012

Si Gadis Nurul Nadirah

Aku teringat, terindu Nurul Nadirah.

Awan, bayu, sampaikan rindu aku kepada dia. Mihmih. Cheesy habis.

Dulu, waktu dua-dua masuk asrama, kami masih boleh berbalas surat. Surat, ya surat. Bukan email, bukan message. Surat. Klasik, bukan? Tapi aku suka. Sekarang tidak lagi. Semua sudah besar, sedang sibuk mengejar impian. Semoga awak berjaya dalam apa jua yang awak lakukan, sayang. May Allah bless you, ease you <3 p="p">
Jaga diri, jaga iman, awak :)

notakaki: Awak lah, Nad. Iya, awak :)

Payah tapi Indah

Assalamualaikum penduduk bumi :)

Oh ye. Alhamdulillah aku dah masuk third sem which is second year. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dah sebulan lebih pun, dan isnin ni dah exam untuk first module for this sem. Oh ye, aku baru perasan setiap kali nak exam, mesti waktu tu aku baru post something setelah sekian lama kan -.-

Waktu cuti summer yang lalu, aku baru ingat nak post apa-apa yang terbit dalam kotak fikiran. Tapi, hanya angan-angan kosong. Cuti tu aku buat ACL reconstruction. Dan yes, ligament aku koyak habis. Orang aktif lah katakan. Ptuiih.

Bila satu nikmat Allah tarik, baru kita rasa mula nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Hey, baik kita bersyukur dan hargai semua yang kita ada sebelum takde. Macam aku sekarang, rindu nak lari, rindu nak main basketball, rindu nak lompat-lompat, rindu nak kawad, rindu nak panjat. Insya Allah, kaki aku akan okay macam sediakala. Perlukan masa. Doakan aku tau :)

Oh, baik kita hargai hidup kita sekarang. Bekerja untuk dunia dan akhirat. Kerana Allah. Takut nanti diSana, kita menyesal tak sudah. Guna masa yang ada, untuk Dia. Kita tak rugi apa-apa. Ini bukan macam parasit tu. Ni macam commensalism, mutulism. Kita buat baik, Allah suka, orang suka, kita dapat untung :) Best, bukan?

Memang, berlawan dengan diri sendiri memang susah. Tapi fitrah kita semua suka yang baik, sebab fitrah kita memang baik.  Insya Allah, segala susah payah kita ni, akan jadi mudah untuk kita masuk ke SyurgaNya yang indah. Insya Allah :)


Mari, berlawan dengan diri yang keji dan rugi.

P.s: Doakan kami yang sedang mahu exam :D