03 January 2010

As Usual

Salam,

Esok dah 3rd of January kan. So, bak kata Miss Norsham, 'Girls! You must come back on 3rd of January 2010 before 6 p.m sharp.' Itu adalah satu arahan kan. Seperti last year. Rasa janggal je cakap last year. Oke. Aku terdengar bunyi bunga api. New year dah lepas la pacik. Hahaa. Celebrate balik asrama esok ke? Oke. Sambung tadi. Wajib balik untuk cemerlang SPM.

Bak kata Alee lagi, 'Pika. Kau nak jadi doktor kan. Balik la sekolah tu. ' Hahaa. Ye la. Aku balik. Puas? Kata ayah ank balik pukul 10. Aku nak bangun paling lambat la. Amek mu. Memberontak. Nasib siap semua. Hahaa.

Harap yang terbaik untuk tahun ni. Ya ALLAH! Bantulah aku. Kuatkan diriku. Amin.

01 January 2010

New year kan?

Salam,

Aktiviti pagi tadi. Basketball. 'Hana! Pika dah gila basket.' Berita baik untuk Hana lah tu. Sure next year ajak pergi GAS je. Jap. Bukan next year. Dah masuk tahun baru pun. Adeh. Happy New Year, guys! May ALLAH bless us. Amin. Tanak la cakap pasal azam. Nanti pakcik azam suka. Hahaa. Rindu nasi lemak dia nanti.

Panas sangat tadi. Habis tambah gelap. Cakap macam perempuan sejati oh. Hahaa. Memang perempuan pun kan. Hahaa. Global warming. Padan muka kita kan. Sapa suruh 'potong' pokok suka-suka. Amek kau! Rasailah bahangnya.

Em. Cuba bayangkan. Panas-panas macam ni. Habis ais dekat kutub cair. Kesian makhluk kat sana kan. Bayangkan rumah kau kat sana. Macam mereka. Tak ke sadis. Biology form four. Chapter nine kot. Baca la. Mesti lulus SPM. Hahaa.


Kempen sayang bumi :DD

29 December 2009

Macam mana nak jadi doktor ni?

Salam,

Huh. Lama oh tak mengupdate. Oke. Saya busy. Tuition 24/7. Boleh kurus. Hahaa. Next year dah SPM. Apa perasaan? Biasa aje. Ye ke? Entah la.

Dulu waktu kecil-kecil, soalan famous ialah 'apakah cita-cita kamu?' Ye. I wanna be a good doctor. Can I? Baru tengok orang gerudi dada dah meremang bulu roma. Ini nak gerudi orang. Hahaaa. ER punya pasal la ni. Terus tiada keyakinan dan keberanian.

Syasya selalu jerit pekik-pekik 'Pika! Cepat lah sikit.' Hahaa. Rindu. Hakikat memang aku suka berlengah. Macam mana nak jadi doktor? Kena tukar attitude ni. Baru boleh jadi doktor terbaik. Amin.



Tak habis-habis berangan :)

28 August 2009

Pengakuan lelaki terhadap wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan
amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.


Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini Ya Rabb, ampunilah daku.Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara,lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malamagar iman kami dapat dijaga."





**THANX alot to MAIRA :)