07 August 2017

* Lap habuk *

HELLO !


After so many years !
4 tahun kot ? 
Aku baru tahu macam-mana-nak-cari dan alhamdulillah-dah-jumpa blog !
HAHAAA ~


Oh, ya.
Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !
Untuk semuanya sepanjang few years ni.
:)




04 February 2013

Ada Aku Peduli?



Kata kau,
Aku bukan lagi harimau,
Makin lama makin lemau.

Ah, ada aku peduli,
Jangan mula nak cucuk duri,
Kau belum kenal lagi,
Aku, yang dulu kau sakiti,
Kini mampu berdiri,
Berdiri dan terus berlari,
Dengan Dia dan keluarga disisi,
Kau dulu kononnya dihati,
Kini sudah mati.

Ah, ada aku peduli?

09 November 2012

Si Gadis Nurul Nadirah

Aku teringat, terindu Nurul Nadirah.

Awan, bayu, sampaikan rindu aku kepada dia. Mihmih. Cheesy habis.

Dulu, waktu dua-dua masuk asrama, kami masih boleh berbalas surat. Surat, ya surat. Bukan email, bukan message. Surat. Klasik, bukan? Tapi aku suka. Sekarang tidak lagi. Semua sudah besar, sedang sibuk mengejar impian. Semoga awak berjaya dalam apa jua yang awak lakukan, sayang. May Allah bless you, ease you <3 p="p">
Jaga diri, jaga iman, awak :)

notakaki: Awak lah, Nad. Iya, awak :)

Payah tapi Indah

Assalamualaikum penduduk bumi :)

Oh ye. Alhamdulillah aku dah masuk third sem which is second year. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dah sebulan lebih pun, dan isnin ni dah exam untuk first module for this sem. Oh ye, aku baru perasan setiap kali nak exam, mesti waktu tu aku baru post something setelah sekian lama kan -.-

Waktu cuti summer yang lalu, aku baru ingat nak post apa-apa yang terbit dalam kotak fikiran. Tapi, hanya angan-angan kosong. Cuti tu aku buat ACL reconstruction. Dan yes, ligament aku koyak habis. Orang aktif lah katakan. Ptuiih.

Bila satu nikmat Allah tarik, baru kita rasa mula nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Hey, baik kita bersyukur dan hargai semua yang kita ada sebelum takde. Macam aku sekarang, rindu nak lari, rindu nak main basketball, rindu nak lompat-lompat, rindu nak kawad, rindu nak panjat. Insya Allah, kaki aku akan okay macam sediakala. Perlukan masa. Doakan aku tau :)

Oh, baik kita hargai hidup kita sekarang. Bekerja untuk dunia dan akhirat. Kerana Allah. Takut nanti diSana, kita menyesal tak sudah. Guna masa yang ada, untuk Dia. Kita tak rugi apa-apa. Ini bukan macam parasit tu. Ni macam commensalism, mutulism. Kita buat baik, Allah suka, orang suka, kita dapat untung :) Best, bukan?

Memang, berlawan dengan diri sendiri memang susah. Tapi fitrah kita semua suka yang baik, sebab fitrah kita memang baik.  Insya Allah, segala susah payah kita ni, akan jadi mudah untuk kita masuk ke SyurgaNya yang indah. Insya Allah :)


Mari, berlawan dengan diri yang keji dan rugi.

P.s: Doakan kami yang sedang mahu exam :D

24 May 2012

He knows the best for us :)

Salam.

Aku tahu dah lama sungguh aku tak post blog. Aku cuba untuk tak bagi alasan. Heh --'

Kadang-kadang aku rasa aku hilang diri aku yang dulu, sedikit demi sedikit mungkin.
Aku suka sangat membaca, menulis atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Tapi sekarang? Malas habaq hang. Mungkinkah sebab bidang yang aku ambil sekarang meng-inhibit kesukaan aku dulu? Ahh. Aku taknak fikir.

Biarlah. Just go with the flow~

Tak semua yang kita suka tu baik untuk kita, kan? Dan aku tak cakap aku suka baca buku tu tak baik untuk aku. Aku akan cuba meng-induce balik, insya Allah.

Macam aku dulu memang nak sangat belajar di negara sana. Yeah, aku rasa korang tahu. Negara tu lah yang kononnya terbaik segala. Tapi Allah tahu segalanya. Dia hantar aku ke sini. Sebab aku yakin ini yang terbaik untuk aku. Dia tahu kekuatan dan kelemahan aku. Mungkin nanti bila iman aku dah cukup mantap, rezeki aku kesana pula? Siapa tahu, kan.

Itu yang aku cuba sampaikan. Have faith in Allah and keep believing. Sebab kita sendiri pun kadang-kadang tak faham dengan diri kita. Allah tahu segala pasal kita, pasal semuanya. Sebab Dia Maha Besar, Maha Kuasa.

Serah dan tawakal kepada Dia :)


P.s: Exam aku is just around the corner. And yes, sini memang selalu exam. Doakan kami :) 

20 December 2011

Misr-02

Salam,


Aku tengah agak sibuk sekarang. Al-maklumlah mid term exam dan final sem just around the corner. Tolong doakan aku dan rakan-rakan yang lain. Doakan kami rajin dan tak putus asa.

Puhh. Sekarang baru aku tahu kenapa orang keep tanya, 'Betul ke awak nak ambil medic ni? Nak jadi doktor?' Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



Insya Allah. Dia Maha tahu segalanya. Dia lagi tahu diri kita lebih dari kita sendiri. Dan yang pasti. Dia dah tetap yang sebaiknya buat kita. Kan kan?

Bidang perubatan itu ialah satu fardhu kifayah. Tetapi apabila seseorang itu mempelajarinya, ia telah menjadi satu fardhu ain baginya.

Doakan saya tabah dalam segalanya.
Dan perlawanan dengan diri sendiri tidak akan habis, sehingga kita mati.

notakaki : Allah selamatkan kalian, WanFarahAmirah dan AzizulHakim :)

11 November 2011

Misr - 01

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Yes, aku tahu hari tasyrik pun dah lepas. Tapi apa salahnya, kan.

Agak sibuk kebelakangan ni. Dah masuk module 2 yang dicombine bersama module 3. Dan seperti kata seniors, module 2 ialah module yang agak susah. Just imagine bila mereka digandingkan --'' Takpelah, Allah tahu segalanya, kan. By the way, cuti selepas exam module 1 hanya sehari. Baru aku perasan betapa penuhnya masa disini.

Raya pertama aku sejurus selepas solat raya adalah di ER. A good practice for the future, indeed. Semoga dia cepat sembuh, dan kita semua diberi kesihatan dan kemudahan didunia dan akhirat.

I fall in love with this country, insya Allah. It's not too bad :)




Diri, janganlah kau penat berlawan, bersaing menentang sendiri.